Kuala Lumpur: Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Abdul Rahman bin A Wahab serta staf Bahagian Pasukan Simpanan berkesempatan untuk menghadiri solat jenazah bagi Allahyarham Kpl Khaiziri bin Mat Rabil yang dilaksanakan di Masjid Khalid Al-Walid, Keramat, Kuala Lumpur. APPS juga sempat menyerahkan sedikit sumbangan kepada isteri Allahyarham Kpl Sabrinah binti Salamun sebelum jenazah dibawa pergi bagi upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Al-Khairiah, Kg Air Ganda, Gerik,Perak hari ini. APPS turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham selain berharap agar seluruh keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat di bulan yang mulia ini dan ditempatkan di kalangan orang beriman.

WhatsApp Image 2024 03 12 at 2.51.22 PMWhatsApp Image 2024 03 12 at 2.55.47 PMWhatsApp Image 2024 03 12 at 2.55.48 PMWhatsApp Image 2024 03 12 at 2.51.23 PM 2WhatsApp Image 2024 03 12 at 2.51.23 PMWhatsApp Image 2024 03 12 at 7.02.14 PMWhatsApp Image 2024 03 12 at 7.02.17 PMWhatsApp Image 2024 03 12 at 7.02.17 PM 1WhatsApp Image 2024 03 12 at 7.02.18 PM 1