Kuala Terengganu - Seramai 18 Peg dan 67 Anggota Lain-lain Pangkat (LLP) yang terdiri daripada Anggota Tetap dam Sukarela telah terlibat dengan Perbarisan Perutusan Panglima Tentera Darat Sempena Sambutan Hari Tentera Darat ke 91 Peringkat Rej 512 AW pada 1 Mac 24 bertempat di Padang Kawad Kem Padang Midin. Perbarisan ini turut diiringi oleh Brassband Rej 512 AW.
Perutusan Panglima Tentera Darat ini telah disampaikan oleh  Timbalan Komander Rej 512 AW,  Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin. PTD di dalam perutusannya telah menggariskan sinergi 3M iaitu Manusia, Mesin dan Metod yang merupakan elemen asas pembangunan Tentera Darat agar menjadi angkatan yang ampuh, kredibel dan mampu melaksanakan operasi di dalam pelbagai domain. Selain itu, PTD juga menekankan keperluan keterlibatan keseluruhan kerajaan dan masyarakat di dalam konteks pendekatan Whole of Government and Whole of Society (WoGos) dalam mempertahankan tanah air tercinta. Perbarisan ini diakhiri dengan acara bergambar.

1de7df0e de9e 4959 9874 60a92707a8856ad6b345 0758 4710 908d e1412b8e5b03561a69c1 c192 42dd b4da dcb101b9bb93151691a8 0d67 469e 9cbe 1d3c3a6644bea48524fd 23e8 4ba7 847b 5bce68a20b36e2597a6b 4060 420b 91cc 6516d15b9408eb8b1c6d d2bd 46f8 8f94 abb562bc90c9