Kuala Lumpur: Perbarisan Pengarah Rancang dan Pembangunan Bahagian Pasukan Simpanan buat julung-julung kalinya pada tahun 2024 dan diketuai oleh Pegawai Staf 2 Anggota (Pegawai) Mej Mohd Noornashriq bin Abd Rahim. Perbarisan ini telah diadakan di Dataran Sukan Bahagian Pasukan Simpanan pada 4 Mac 24. Tujuan perbarisan ini diadakan adalah sebagai inisiatif menerapkan amalan rejimental perbarisan disamping membentuk jati diri sebagai seorang anggota tentera. Selain itu, perbarisan ini diadakan sebagai satu platform Pengarah Rancang dan Pembangunan, Kol Fissol bin Abd Hadi menyampaikan amanat dan teguran kepada para pegawai dan anggota BPS kearah memacu organisasi yang kredibel melaksanakan tugas yang diamanahkan.

WhatsApp Image 2024 03 04 at 11.07.48 AMWhatsApp Image 2024 03 04 at 11.07.49 AMWhatsApp Image 2024 03 04 at 11.07.50 AMWhatsApp Image 2024 03 04 at 11.07.50 AM 1WhatsApp Image 2024 03 04 at 11.07.50 AM 2WhatsApp Image 2024 03 04 at 11.07.50 AM 3WhatsApp Image 2024 03 04 at 11.07.51 AMWhatsApp Image 2024 03 04 at 11.07.51 AM 2WhatsApp Image 2024 03 04 at 11.07.51 AM 3WhatsApp Image 2024 03 04 at 11.07.52 AM