Kuala Lumpur: Bahagian Pasukan Simpanan telah menganjurkan Bengkel ICT Siri 1/2024 pada 4 Mac 24 bertempat di Dewan Watan, Bahagian Pasukan Simpanan. Seramai 80 orang telah menghadiri bengkel ini yang terdiri daripada Pegawai ICT dan Kerani ICT bagi Pasukan AW termasuk PALAPES. Bengkel ini telah dirasmikan oleh, Yang Berbahagia Brig Jen Shamshor bin Hj Jaafar, Ketua Pengarah  Bahagian Pasukan Simpanan. Bengkel ini juga merupakan salah satu alternatif Bahagian Pasukan Simpanan mengatasi masalah para pegawai dan kerani ICT pasukan AW dalam menguruskan Sistem Pengurusan Rekod Askar Wataniah (SPRAW) dan Pengambilan Askar Wataniah Secara Atas Talian (IMWATAN) yang disampaikan oleh pembangun sistem ini iaitu Mej Mohd Faried bin Mohmin Pegawai Sukarela dari Rejimen 502 AW. Bahagian ini berharap bengkel ini, dapat membantu Pegawai dan kerani ICT pasukan AW untuk menjadi lebih mahir dalam pengurusan sistem SPRAW dan IMWATAN dan seterusnya dapat menambahbaik kualiti serta prestasi pengurusan di pasukan masing-masing.

WhatsApp Image 2024 03 04 at 10.53.29 AMWhatsApp Image 2024 03 04 at 10.53.30 AMWhatsApp Image 2024 03 04 at 10.53.30 AM 1WhatsApp Image 2024 03 04 at 10.53.30 AM 2WhatsApp Image 2024 03 04 at 10.53.30 AM 3WhatsApp Image 2024 03 04 at 10.53.31 AMWhatsApp Image 2024 03 04 at 10.53.31 AM 1