Kuala Lumpur : Bahagian Pasukan Simpanan telah mengadakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tauliah Kehormat Askar Wataniah yang telah sempurnakan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato' Seri Mohammad bin Ab Rahman dengan pangkat Brig Jen (K) kepada YBhg Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan selaku Pengerusi SPJP Angkatan Sukarela Se-Malaysia, YAB Tuan Mohd Shukri Bin Ramli, Menteri Besar Perlis selaku Penaung JAKPAW Negeri Perlis dan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka selaku Penaung JAKPAW Negeri Melaka Pada 22 Feb 24 bertempat di Ruang Perkasa, Kementerian Pertahanan Malaysia.


Majlis juga turut dihadiri oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Asisten Panglima Pasukan Simpanan , Mej Jen Datuk Abdul Rahman bin A Wahab dan Pegawai-Pegawai kanan bagi menyaksikan penyempurnaan majlis pemakaian pangkat ini.

WhatsApp Image 2024 02 22 at 7.09.47 PM 1WhatsApp Image 2024 02 22 at 7.09.47 PM 2WhatsApp Image 2024 02 22 at 7.09.55 PMWhatsApp Image 2024 02 22 at 7.09.58 PMWhatsApp Image 2024 02 22 at 7.09.55 PM 1WhatsApp Image 2024 02 22 at 7.09.47 PM