Program Agihan Gerobok Rezeki JAKPAW Negeri Perak & Yayasan Muhibah kepada 22 pegawai dan anggota Sukarela Rej 503 AW telah dilaksanakan pada 12 Jan 24 bertempat di Dewan Bankuasi, Ipoh, Perak. Program ini merupakan anjuran Rej 503 AW bersama Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Perak, PERNAMA Perak dan Yayasan Muhibah yang merupakan penyumpang Program Gerobok Rezeki.
 
Program ini merupakan inisiatif Yang Berhormat Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Perak merangkap Pengerusi JAKPAW Negeri Perak menyalurkan bantuan bagi meringankan beban ekonomi para pegawai dan anggota Sukarela Rej 503 AW yang berpendapatan rendah. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Komander Rej 503 AW dan Pengasas Yayasan Muhibah, Kolonel (K) Tan Sri Dato' Paduka Dr. Fng Ah Seng. Diharapkan gerobok rezeki ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.
 
WhatsApp Image 2024 01 13 at 11.52.29WhatsApp Image 2024 01 13 at 11.53.00WhatsApp Image 2024 01 13 at 11.53.00 1WhatsApp Image 2024 01 13 at 11.53.01WhatsApp Image 2024 01 13 at 11.53.01 1