Kuala Lumpur : BPS telah menerima kunjungan dari Presiden CUEPACS, Dato' Dr Hj Adnan bin Mat Pada 11 Disember 2023. Cetusan idea bagi sesi pertemuan di antara CUEPACS dan BPS dizahirkan oleh Mej Jen Datuk Abdul Rahman bin A Wahab, AP PS sebagai satu inisiatif berdasarkan Teras Ke-4 Perintah Ulung PTD, iaitu Gagasan Tentera dan Rakyat serta usaha-usaha bagi memperkasakan AW.
Sesi pertemuan telah dimulakan dengan Kunjungan Hormat Presiden CUEPACS dengan AP PS. Ia kemudiannya diteruskan dengan taklimat dari BPS mengenai kepentingan AW dalam aspek Pertahanan Negara. Sewaktu sesi perbincangan, AP PS telah menekankan bahawa sejajar dengan usaha bagi memperkasakan AW, konsep Whole Of Government and Whole of Society (WoGoS) perlu dititikberatkan. Selain itu, AP PS turut memaklumkan bahawa Konsep HANRUH merupakan satu konsep yang masih relevan dan berharap lebih banyak penyertaan terutama dari kalangan penjawat awam dapat direalisasikan dalam masa terdekat.
Presiden CUEPACS turut memandang serius perkara ini dan akan berusaha untuk memastikan lebih ramai penjawat awam menceburi AW. Menurut beliau, pemeliharaan aspek kedaulatan negara perlulah menjadi agenda utama setiap rakyat Malaysia dan sebagai penjawat awam, penyertaan ke dalam AW akan dapat meningkatkan semangat patriotisme selain dapat meningkatkan jati diri dan tahap disiplin mereka. Beliau turut berjanji bahawa beberapa siri perjumpaan akan diatur dalam masa terdekat agar peratusan penyertaan kakitangan awam ke dalam AW dapat ditingkatkan.