Kuala Lumpur: Temuduga Akhir Lembaga Pemilihan Pegawai Sukarela AW telah dilaksanakan pada 8 Dis 23 bertempat di Muzium Telekom, Jalan Raja Chulan. Lembaga ini dilaksanakan bagi menilai tahap kompetensi dan penampilan calon-calon dari pelbagai aspek sebelum ditauliahkan sebagai Pegawai Sukarela Askar Wataniah. Lembaga pemilihan ini telah dianjurkan oleh 56 Rejimen Semboyan Pakar Telekom (AW) bermula 6 hingga 8 Dis 23 melibatkan seramai 27 orang calon yang terdiri daripada Bakal Pegawai dan Bekas Pegawai Sukarela. Temuduga Akhir Pemilihan Pegawai Sukarela AW ini telah dipengerusikan oleh Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Abdul Rahman bin A Wahab manakala ahli-ahli panel terdiri daripada Ketua Pengarah BPS, staf BPS, wakil RAJD Pakar dan wakil RSD Pakar.