Kuala Lumpur: Sel Agama Rej 515 AW telah menganjurkan Program Seminar Keluarga Mawaddah & Smart Solat pada 25 & 26 Nov 23 bertempat di Grand Barakah Hotel, Jalan Ampang.
 
Seminar yang diadakan selama dua hari ini dihadiri oleh 28 pasangan termasuk pegawai dan anggota LLP Rej 515 AW.
Objektif seminar ini diadakan adalah untuk menggarap ilmu kerukunan rumahtangga dan pembentukkan keluarga harmoni berlandaskan Al-Quran untuk menyemai kehidupan yang bahagia melalui cara motivasi dan kaunseling. Menyemai nilai-nilai positif antara ibu bapa dan anak-anak di dalam rumahtangga agar isu-isu pergolakan mampu dikurangkan.
 
Antara pengisian di dalam seminar ini adalah perbincangan mengenai peranan suami dan isteri, segala permasalahan dalam rumahtangga dan cara penyelesaiannya serta pemantapan solat melalui ceramah dan praktikal yang dilaksanakan. Turut dibuat adalah solat berjemaah dan Qiamullail yang dilaksanakan di Surau Jumaat, Grand Barakah Hotel.
 
Penganjuran seminar ini telah dikelolakan oleh Pasukan Dakwah Medan (PASDAM) bawah KAGAT ATM yang diketuai oleh Lt Kol Dr Azlisham bin Abdul Aziz bersama barisan pegawai dan anggotanya bagi menjayakan seminar ini.
Pelaksanaan aktiviti ini selari dengan Penumpuan Sinergi 3M Panglima Tentera Darat Ke-30 iaitu "MAN" Peningkatan Kualiti Hidup Warga yang merangkumi aspek kebajikan, latihan, program kesihatan dan pengukuhan jati diri serta aspek kerohanian.
Untitled 1 01Untitled 1 12Untitled 1 09Untitled 1 06Untitled 1 03Untitled 1 04Untitled 1 10Untitled 1 02
 Untitled 1 05Untitled 1 08