Kuala Lumpur: Rej 515 AW telah menganjurkan Hari Pengajian Pasukan (HPP) berkaitan Audit Pengurusan Tentera Darat (APTD) yang diadakan di Dewan Makan Rej pada 16 dan 17 Nov 23.
 
Syarahan telah disampaikan oleh Tim Bahagian Inspektorat Tentera Darat (BITD) yang diketuai oleh Pengarah Audit BITD, Kol Diwi bin A. Rahman telah menyentuh tentang perkara Gerakan, Tadbir dan Logistik sekaligus mengupas tentang 16 kriteria Audit Pengurusan Tentera Darat.
 
HPP yang dilaksanakan turut disertai oleh unit luar di bawah naungan formasi 4 Div ini bertujuan untuk memberi penerangan berkenaan aspek pengurusan dan tadbir urus pasukan kepada pegawai dan anggota selain bertujuan memberikan penerangan persiapan menghadapi Audit Pengurusan Tentera Darat yang dijadualkan pada bulan Disember 2023 khususnya bagi Rej 515 AW.
 
Perlaksanaan aktiviti sebegini secara tidak langsung mempamerkan budaya kerja yang sistematik dan mengikut prosedur serta panduan berdasarkan arahan, pekeliling dan polisi semasa.
403800636 727612619415788 2534899243874948725 n404246335 727612719415778 7464186442343627436 n404250256 727612766082440 2517363911120996702 n404254437 727612879415762 8614851452328322634 n