Kuala Lumpur: Timb Komd Rej 515 AW, Lt Kol Marzuki bin Md Yusof bersama barisan pegawai telah membuat kunjungan hormat kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Sr. Hj. Kamarulzaman Bin Mat Salleh bertempat di Pejabat Datuk Bandar.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk menyatakan hasrat bagi mempelawa Datuk Bandar Kuala Lumpur menganggotai Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JAKPAW WPKL & WPP). Turut dibincangkan adalah mengenai rancangan bagi meneruskan kembali penubuhan Askar Wataniah di DBKL.

Kunjungan hormat diakhiri dengan acara penyampaian cenderakenangan dan acara bergambar.

Perlaksanaan aktiviti ini selari dengan Penumpuan Sinergi 3M Panglima Tentera Darat Ke-30 iaitu "MAN" iaitu Pemerkasaan Sumber Manusia dimana paras kecekapan, keberkesanan dan kesiapsiagaan yang sejajar dengan fungsi, peranan serta tanggungjawab yang telah ditetapkan.

WhatsApp Image 2023 11 12 at 11.49.34 AMWhatsApp Image 2023 11 12 at 11.49.34 AM 1WhatsApp Image 2023 11 12 at 11.49.34 AM 2WhatsApp Image 2023 11 12 at 11.49.35 AMWhatsApp Image 2023 11 12 at 11.49.35 AM 1WhatsApp Image 2023 11 12 at 11.49.35 AM 2WhatsApp Image 2023 11 12 at 11.49.36 AM 1