Kuala Lumpur: Ahli Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Formasi 12 Bgd telah menghadiri Kelas Juruacara dan Seminar Kaya Budi BAKAT anjuran Rej 515 AW yang diadakan di Dewan Dato' Othman Harun, Kem Wardieburn pada 4 Nov 23.
Antara pengisian aktiviti ini adalah tatacara dan keperluan untuk mengacara majlis, Perlembagaan BAKAT, Etika dan Penampilan Diri yang mana kedua-dua ceramah tersebut telah disampaikan oleh Dr. Anim Zalina bt Azizan (Timb Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni) daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Lt Kol Rozi binti Abbas (Bersara).
Turut hadir Pengerusi BAKAT 12 Bgd, Pn Fatimah binti Mohamad dan pengerusi-pengerusi BAKAT pasukan naungan 12 Bgd termasuk pengerusi BAKAT Rej 515 AW, Pn Wan Norazlianti binti Mamat Arifing.
Pelaksanaan aktiviti ini selari dengan Penumpuan Sinergi 3M Panglima Tentera Darat Ke-30 iaitu "MAN" Peningkatan Kualiti Hidup Warga yang merangkumi aspek kebajikan, latihan, program kesihatan dan pengukuhan jati diri serta aspek kerohanian.
399724315 721465343363849 2811011736749509502 n399872481 721465533363830 7459179101010180351 n400049132 721465153363868 3951779114209704389 n399876973 721465483363835 3280024213747796997 n399319717 721487093361674 2782634269611600807 n400392395 721488983361485 9167984747597583586 n400408836 721489163361467 2115515446411125629 n