Pahang: Pertubuhan Dalam Komuniti 4 Divisyen (PPDK4D) telah melaksanakan Hari Keluarga di Cameron Highland mulai 30 Okt hingga 1 Nov 23 melibatkan 154 orang termasuk 20 pelatih kanak-kanak kurang upaya (OKU).
 
Pelaksanaan Hari Keluarga PPDK4D bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara semua pelatih PPDK4D. Timb Komd Rej 515 AW, Lt Kol Marzuki bin Md Yusof telah merasmikan Hari Kelurga tersebut sebelum bergerak ke Cameron Highland. Pelaksanaan pada hari pertama melibatkan Lawatan ke Ladang Teh di Cameron Valley Tea serta Malam Tautan Kasih di Dewan Iris Hotel.
 
Pada hari kedua, telah diadakan Lawatan Muhibbah Pelatih dan Petugas ke PPDK Sinar Pelangi, Lawatan ke kebun Bunga dan Makan Malam bersama Pelatih PPDK4D.
Manakala pada hari ketiga, telah diadakan Lawatan ke Taman Agroteknologi MARDI sebelum pergerakan pulang ke Kuala Lumpur.
 
Terdapat kakitangan hospital, Hashidah Salehan, 34, berkata, anaknya Zara Zulaikha Mohd Sufian, 5 tahun, berasa teruja dapat terlibat dalam program tersebut. Program sebegini bagus kerana ia dapat merapatkan hubungan antara guru dan ibu bapa dengan pelatih (kanak-kanak) di PPDK4D.
 
Hashidah berkata, anaknya merupakan OKU masalah pembelajaran terlibat dalam pelbagai program yang dilaksanakan di PPDK4D dan beliau melihat perkembangan positif Zara Zulaikha, dimana dia kini boleh berinteraksi dengan kanak-kanak lain di PPDK4D.
 
Penganjuran Hari Keluarga ini adalah hasil kerjasama bersama JKM, Syarikat Korporat seperti Koh & Son Properties Sdn Bhd dan Kainan Sdn Bhd sebagai penaja lawatan Hari Keluarga PPDK4D.
Antara kanak-kanak yang terlibat dalam program itu merupakan penghidap Down Syndrome, Autisme dan kanak-kanak mengalami Cerebral Palsy.
 
Pelaksanaan Hari Keluarga ini selari dengan Penumpuan Sinergi 3M Panglima Tentera Darat Ke-30 iaitu "MAN" Peningkatan Kualiti Hidup Warga yang merangkumi aspek kebajikan, pengukuhan jati diri serta aspek kerohanian.
398663401 720061566837560 251221114423894987 n398717612 720059906837726 7695983442889457830 n398724299 720060010171049 4590654474184235664 n398738274 720060163504367 8208407768346550870 n398703032 720060633504320 9065657372620378305 n398703699 720060336837683 2728975951529625597 n398738506 720060920170958 1951043853498606995 n398755725 720061230170927 2709442460992930974 n398700349 720061886837528 2907686713415882053 n398713144 720061590170891 6390806874824618381 n