Kuala Lumpur: Pengerusi Badan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) 4 Divisyen, Datin Noormazah Mohamed Taib telah melaksanakan Lawatan ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti 4 Divisyen (PPDK4D) pada 2 Nov 23.
 
Ketibaan beliau disambut oleh Pengerusi BAKAT 12 Bgd, Puan Fatimah binti Mohamad dan Timb Komd Rej 515 AW Lt Kol Marzuki bin Md Yusof selaku Pengerusi PPDK4D. Turut hadir adalah Pengerusi BAKAT Rej 515 AW Puan Wan Norazlianti binti Mamat Arifing dan Pengerusi BAKAT 1 RAMD Puan Norhabibah binti Idris.
 
Memulakan acara Pengerusi BAKAT 4 Div diperkenalkan kepada Petugas PPDK4D. Seterusnya taklimat oleh Pengerusi PPDK4D, meninjau kemudahan serta sesi ramah mesra bersama Petugas PPDK4D.
 
Selain itu, turut diadakan Mini Sukaneka dan Sambutan Hari Ulang Tahun Pelatih. PPDK4D telah menerima sumbangan pek barangan daripada Pengerusi BAKAT 4 Div dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), sumbangan kewangan daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Syarikat Kainan Sdn Bhd serta sumbangan Feeder Seat daripada Syarikat Koh @ Son Properties.
 
Pelaksanaan aktiviti ini selari dengan Penumpuan Sinergi 3M Panglima Tentera Darat Ke-30 iaitu "MAN" Peningkatan Kualiti Hidup Warga yang merangkumi aspek kebajikan, program kesihatan dan pengukuhan jati diri serta aspek kerohanian.
 
398721082 720065390170511 4464315990811604447 n398727679 720072206836496 8422788458807951208 n398759310 720066786837038 5990414234511113329 n398712439 720074903502893 6421255149012569784 n398734631 720075100169540 1250481674564268555 n398724486 720090676834649 4239928027543986001 n398697738 720090856834631 2707490159768567647 n398720605 720090576834659 4036678340315820033 n398713631 720090796834637 8951636657928235532 n398741714 720091010167949 3924282120565010913 n398843593 720091210167929 7255046319917787251 n