Kuala Lumpur: Lembaga Akhir Pemilihan Pegawai Sukarela Askar Wataniah untuk Dipertugaskan Sepenuh Masa Siri 3/2023 telah diadakan pada 3 Nov 2023 bertempat di Dewan Watan, BPS. 

Seramai 30 orang calon Pegawai telah hadir bagi menjalani lembaga pemiihan tersebut bermula 29 Nov 23 hingga 3 Nov 23. Beberapa ujian dan pemeriksaan telah dilaksanakan seperti pemeriksaan kesihatan, Ujian Kecergasan Asas (UKA), ujian bertulis, IQ Test,Ujian personaliti, Ujian kawad kaki, public speaking dan seterusnya lembaga akhir. Ahli panel Lembaga Akhir Pemilihan Pegawai Sukarela Askar Wataniah untuk Dipertugaskan Sepenuh Masa Siri 3/2023 terdiri daripada Pegawai Kanan BPS, wakil Cawangan Sumber Manusia dan Kor TD sebagai ahli panel lembaga yang telah dipengerusikan oleh AP PS, Mej Jen Datuk Abdul Rahman bin A Wahab.

WhatsApp Image 2023 11 03 at 12.01.28 PMWhatsApp Image 2023 11 03 at 12.02.48 PMWhatsApp Image 2023 11 03 at 12.01.27 PMWhatsApp Image 2023 11 03 at 12.01.29 PMWhatsApp Image 2023 11 03 at 12.01.30 PMWhatsApp Image 2023 11 03 at 12.01.31 PM