Kuala Lumpur: Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Rancang dan Pembangunan Bahagian Pasukan Simpanan telah dilaksanakan pada 1 Nov 23 bertempat di Sri Watan Lounge. Serah Terima Tugas Pengarah Rancang dan Pembangunan telah dilaksanakan di antara  Kol Samad bin Igom  dan Kol Fissol bin Abd Hadi yang telah disempurnakan oleh Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Abdul Rahman bin A Wahab. Seterusnya majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Pegawai yang bertukar keluar dan acara pemakaian pangkat anggota Lain-lain Pangkat (LLP) Bahagian Pasukan Simpanan. Sjn Mahfuzullah Helmi bin Ahmad telah dipakaikan pangkat daripada Koperal ke Pemangku Sarjan yang telah disempurnakan oleh Asisten Panglima Pasukan Simpanan. Selamat datang diucapkan kepada YBhg Kol Fissol bin Abd Hadi, Pengarah Rancang dan Pembangunan yang baharu serta tahniah diucapkan kepada anggota LLP yang telah dinaikkan pangkat.

WhatsApp Image 2023 11 01 at 11.55.40 AMWhatsApp Image 2023 11 01 at 11.55.42 AM 1WhatsApp Image 2023 11 01 at 11.55.42 AM 2WhatsApp Image 2023 11 01 at 11.55.42 AM

WhatsApp Image 2023 11 01 at 12.08.49 PMWhatsApp Image 2023 11 01 at 12.08.50 PM