Kuala Lumpur: Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela, Tauliah Kehormat Dan Pegawai Sukarela Tauliah Baharu Askar Wataniah telah disempurnakan oleh YBhg Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan pada 26 Okt 23 bertempat di Wisma Transit Kuala Lumpur melibatkan seramai 57 orang pegawai.
Seluruh warga Askar Wataniah merakamkan ucapan tahniah kepada para pegawai yang terlibat di atas pemakaian pangkat. Semoga pemakaian pangkat ini akan meningkatkan lagi prestasi kerja dalam memacu organisasi Askar Wataniah ke arah kecemerlangan.

Turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Abdul Rahman bin A Wahab dan Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan bin Atan serta Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.

DSC 4785DSC 4794DSC 4804DSC 4812DSC 4817DSC 4819DSC 4832DSC 4848DSC 4857DSC 4869DSC 4884DSC 4893DSC 4963