Terengganu: Tim Promosi AW Rej 512 AW telah menerima jemputan dari Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bagi mengadakan promosi sempena Karnival Sambutan 10 Tahun UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi pada 19 hingga 21 Oktober 2023.

Promosi ini bertujuan mendapatkan penyertaaan baru anggota sukarela dalam perkhidmatan Askar Wataniah dan memenuhi Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) Markas Tentera Darat iaitu pelaksanaan Promosi AW sebanyak 20 kali setahun dan kemasukan anggota sukarela baru seramai 360 orang bagi tempoh setahun.

Promosi AW pada kali ini yang telah dijayakan oleh seorang pegawai dan 4 anggota LLP telah berjaya mendapatkan kemasukan awal anggota sukarela baru seramai 33 orang. Kerjasama dengan agensi awam dan swasta akan diteruskan bagi membantu pasukan mencapai KPI yang disasarkan.

1f87ba47 dc08 40a0 b034 a21bd2eeacb3332cd7e3 ac63 41f0 aaa3 ab4ec9d140ff890480cb 8897 4951 9f48 222ebfd0f6a8a77b20d7 6214 49c5 aaae d5c7ccd3da6ed38ee7d5 e4eb 470d a2cd 63a77e7c4e412f79a7f5 117f 40a7 a5d3 d47ba5c957d0af0cc2df 7d25 4843 953e 64e8ba5d23b7