Kuala Lumpur: Seramai 62 pegawai yang terdiri daripada Pegawai Memerintah, Pegawai Pemerintah, Timbalan Komandan PALAPES Pasukan AW dan staf Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) telah turut serta dalam pertandingan sukan bola tampar yang dianjurkan oleh BPS pada 14 Okt 23 bertempat di Gelanggang Bola Tampar, BPS. Penganjuran sukan ini diadakan sempena Hari Sukan Negara 2023 bagi mendukung usaha negara untuk merealisasikan hasrat dan inspirasi kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan supaya ia menjadi satu budaya hidup dalam kalangan rakyat negara ini. Selain itu, riadah sebegini dilaksanakan bagi memupuk semangat kerjasama dan esprit de corps di samping melahirkan pegawai yang mempunyai tahap kecergasan fizikal dan mental yang tinggi.

Sukan ini dibahagi kepada 4 team iaitu team BPS, team Rej Siri 500 AW, team Rej Pakar AW dan team PALAPES. Acara sukan ini diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh Ketua Pengarah BPS, Brig Jen Shamshor bin Hj Jaafar kepada team BPS yang telah merangkul Johan dan team Rej Pakar AW mendapat Naib Johan.

WhatsApp Image 2023 10 14 at 5.57.07 PMWhatsApp Image 2023 10 14 at 5.57.07 PM 1WhatsApp Image 2023 10 14 at 5.57.07 PM 2WhatsApp Image 2023 10 14 at 5.57.08 PMWhatsApp Image 2023 10 14 at 5.57.09 PMWhatsApp Image 2023 10 14 at 5.57.10 PMWhatsApp Image 2023 10 14 at 5.57.10 PM 1