Kuala Lumpur: Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Abdul Rahman bin A Wahab telah menerima Kunjungan Hormat daripada Komander Rejimen 512 Askar Wataniah, YAM Tengku Seri Temenggong Raja, Brig Jen Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al- Muktafi Billah Shah pada 11 Okt 23 bertempat di Bahagian Pasukan Simpanan.
 
Kunjungan Hormat ini merupakan kunjungan julung kalinya oleh YAM Komander Rejimen 512 Askar Wataniah kepada Mej Jen Datuk Abdul Rahman bin A Wahab setelah beliau mengambil alih tugas Asisten Panglima Pasukan Simpanan Ke - 29 pada 13 Sep 23. Kunjungan Hormat ini juga bertujuan bagi membincangkan penganjuran Sidang Komander Askar Wataniah Siri 34/23 oleh Rejimen 512 Askar Wataniah yang dirancang akan dilaksanakan bertempat di Terengganu pada November 2023.
 
WhatsApp Image 2023 10 11 at 15.31.48 2WhatsApp Image 2023 10 11 at 15.31.46WhatsApp Image 2023 10 11 at 15.31.47WhatsApp Image 2023 10 11 at 15.31.47 1WhatsApp Image 2023 10 11 at 15.31.47 2