Johor Baharu: Seramai 37 pegawai dan 141 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) Askar Wataniah (AW) telah terlibat dalam Upacara Pembukaan Latihan Kem Tahunan (LKT) Siri 3/2023, dirasmikan oleh Yang Berbahagia Leftenan Kolonel Raja Mohd Azanim Putera bin Raja Yaacob, Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah.

LKT merupakan aktiviti tahunan bagi AW yang diadakan selama 15 hari bermula pada 6 hingga 20 Oktober 2023. Latihan ini merangkumi latihan ketenteraan bertujuan memperkasakan pengetahuan asas ketenteraan di peringkat kem dan latihan praktikal yang lebih menyeluruh di peringkat medan.

Dalam ucapan Timbalan Komander, beliau mengucapkan tahniah dan merasa bangga dengan semangat AW yang sanggup berkorban kehidupan harian yang normal demi menghadiri latihan kem tahunan pada kali ini. Beliau berharap agar semangat, keazaman dan iltizam ini diteruskan tidak tertakluk kepada waktu latihan sahaja malah perlu sebati dalam diri dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Perasaaan malu haruslah ditepis dan perasaan bangga haruslah dipupuk kerana peranan AW amatlah penting sebagai benteng kedua pertahanan negara.

Timbalan Komander juga turut menegaskan beliau akan menerapkan kepelbagaian jenis latihan dan tidak terikat kepada latihan CW dan CIW sahaja dan untuk LKT kali ini. Latihan seperti RASO dan Ketenteraman Awam turut didedahkan kepada AW. Majlis diakhiri dengan acara bergambar dan sesi soal jawab.

WhatsApp Image 2023 10 09 at 3.24.13 PM 1WhatsApp Image 2023 10 09 at 3.24.13 PM 2WhatsApp Image 2023 10 09 at 3.24.13 PM