Kuala Terengganu:  KDYMM Sultan dan Sultanah Terengganu diiringi oleh DYTM Raja Muda Terengganu, YAM Tengku Puteri Daulath Raja telah berkenan menyaksikan Persembahan TATU Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 2023 bersempena dengan Sambutan 25 Tahun (Jubli Perak) Pemerintahan KDYMM Sultan Terengganu yang berlangsung pada 6 Okt 23 bermula jam 2030 bertempat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Turut hadir bersama memeriahkan lagi persembahan ini adalah Menteri Besar Terengganu, Panglima Tentera Darat Ke 30, Ketua Staf Tentera Darat, Panglima 2 Divisyen, Panglima 10 Bgd Para, pegawai-pegawai kanan Tentera Darat serta pegawai-pegawai agensi Kerajaan yang lain.

Rakyat Terengganu membanjiri perkarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan tidak melepaskan peluang untuk melihat pelbagai pameran ketenteraan merangkumi Pameran Aset TD dan Pameran Kerjaya yang telah disediakan oleh pihak Tentera Darat. Persembahan TATU ATM 2023 ini telah mendapat sambutan hangat dan telah memukau lebih 50,000 orang rakyat Negeri Terengganu. Antara pertunjukan yang dipamerkan adalah demonstrasi menyelamatkan tebusan oleh 21 GGK, persembahan drumline oleh pancaragam Pusat Latihan Muzik Tentera Darat (PUZIDA), tarian perang oleh 18 RAMD (Para) dan persembahan skuadron istiadat berkuda oleh 1 KAD (Istiadat). Persembahan lain termasuk kawad senyap oleh 1 RRD (Istiadat), persembahan anjing perang oleh Cawangan Serigala Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) dan payung terjun bebas oleh 10 Bgd (Para). Persembahan yang paling mengagumkan yang mencuri tumpuan para penonton adalah persembahan akrobatik dan aksi lagak ngeri bermotosikal oleh Army Red Warriors. Persembahan ini diakhiri dengan pertunjukan bunga api yang menghiasi langit Negeri Terengganu.

Penglibatan Rejimen 512 AW kali ini di dalam Persembahan TATU ATM 2023 adalah sebagai AJK Pameran Statik TATU ATM 2023 dan diketuai oleh Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin, Timbalan Komander Rejimen 512 AW dan penglibatan Brassband Rejimen 512 AW di dalam persembahan Pancaragam Gabungan TD melibatkan Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja (PPKAD) dan Pancaragam Wanita RSD. Selain itu, Rejimen 512 AW juga turut mewakili Askar Wataniah di dalam melaksanakan Promosi Askar Wataniah yang turut menampilkan pameran senjata, jenis-jenis hammock, pakaian dan aksesori pakaian TD serta alat muzik brassband. Booth Rejimen 512 AW mewakili Askar Wataniah juga turut menyandang tempat ketiga di dalam Pertandingan Booth Terbaik yang dianjurkan oleh Panglima 8 Bgd iaitu Brig Jen Dato’ Azudin bin Hassan.

Syabas kepada semua yang terlibat dan terima kasih rakyat Terengganu diatas sokongan dan sambutan.

1c5de788 5441 4287 b1aa 081689d8d09c2a198fdb 1efa 4fa2 ba52 aa1e34e9825d3a2c3a27 919b 446a 9c58 a1fc7ef230c10a10df25 6a42 474c ab9b 3b479d38c86d1c028ce8 c4ab 4163 b87d 8d3001b1dddb4e8342f1 d742 47a8 aa6b dbfd04bf7cc25e94f0b9 6a15 4774 9d2f d1af9cde07de6a7fd215 4bf2 4cd7 91b0 6b1496f03b242754a295 1b41 4241 992e b17c66376922d73b0653 b2a6 4907 b604 725f393098dcf60e226f 96e1 4d87 9f6d 201bf867cc69f44f0377 0646 4636 84e7 e408e50f1d17f0c2ddba ba21 44ca 8dba 75999316b18a1644725c 3b57 44fb a4de 30b234ca074f8e0d6a7f d59a 4f2f 9076 aadf372dc7283c546791 34f2 4d0f 973f c72004de003a6c9480a4 8b4a 4746 91dd 55a92d3686cdf5df776f 5963 4097 9178 d0b5d0484dfc18615462567243c546791 34f2 4d0f 973f c72004de003a