Kuala Terengganu: Pasukan Pancaragam Rej 512 AW yang dianggotai oleh seramai 1 Peg dan 47 LLP telah terlibat menjayakan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Kelima Belas bertempat di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu yang disempurnakan oleh KDYMM Sultan Terengganu pada 1 Okt 23.

Pada Istiadat tersebut, Pasukan Pancaragam Rej 512 AW telah mengiringi perbarisan masuk Kawalan Kehormat Utama (KKU) dari Unit 6, Pasukan Simpanan Persekutuan Terengganu dengan memainkan lagu PDRM iaitu 'Sedia Berkhidmat'. Sebaik sahaja keberangkatan tiba KDYMM Sultan Terengganu diumumkan, KKU telah  memberikan 'Hormat DiRaja' dan lagu 'Selamat Sultan' dimainkan oleh Pasukan Pancaragam Rej 512 AW. Pasukan Pancaragam Rej 512 AW sekali lagi mengiringi pemeriksaan KKU oleh KDYMM Sultan Terengganu dengan memainkan lagu 'Menjunjung Duli'. Lagu 'Selamat Sultan' dimainkan untuk kali kedua selepas KKU selesai diperiksa.

Turut hadir menyaksikan Istiadat tersebut adalah Ketua Polis Negeri, Pegawai Memerintah 18 RAMD (Para) dan Timbalan Komander Rej 512 AW.

334a8427 54ae 406c ba72 c0b40698ddf42a753306 91e1 4491 9bfb 5e1c0e6004b7802d8ad3 62d4 4f22 85d4 2808fdb12a1ce44d6811 23af 4beb 87c3 e2c7315a0fd1876b1e8c 324f 4317 8fa3 5f34c22f4ff8