Johor Bahru: 29 Sep 23 - Majlis Penutup Kursus Asas Perajurit Muda (APMS) Siri 3/2023 Rejimen 501 Askar Wataniah telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Leftenan Kolonel Raja Mohd Azanim Putera bin Raja Yaacob Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah (Rej 501 AW) serta turut dihadiri oleh semua Ketua Cawangan, Penolong Pegawai Memerintah Batalion-batalion serta barisan pegawai, SMR dan jurulatih. Turut sama memeriahkan perbarisan penutup kali ini adalah dengan kehadiran ahli keluarga serta sahabat handai penuntut kursus.

Kursus APMS dan KADAR telah dilaksanakan selama satu bulan bermula mulai 1 Sep hingga 30 Sep 23 bertempat di Kem Tebrau yang telah dihadiri oleh seramai 47 penuntut APMS dan 57 penuntut KADAR.

Anugerah Penuntut Kursus Keseluruhan Terbaik bagi Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela Siri 4/2023 telah disandang oleh PJM Mohamad Noor Hakim bin Mustafa daripada Batalion Ke-3 Rej 501 AW. Seterusnya, Anugerah Penuntut Kursus Keseluruhan Terbaik bagi Kursus KADAR Siri 2/2023 telah disandang oleh Pbt Muhammad Hafidz Al Azraie bin Amin Al Hafidz juga daripada Batalion Ke-3 Rej 501 AW.

IMG 5346IMG 5431IMG 5448IMG 5459IMG 5409IMG 5394IMG 5514IMG 5490IMG 5475IMG 5504IMG 5535IMG 5582IMG 5429