Latihan Kem Tahunan Gabungan Skn RAJD (AW) Zon Utara dan Zon Selatan Tahun 2023 telah diadakan secara serentak di Kem Sangro, Taiping dan di Kem Terendak, Melaka pada 29 September 2023 anjuran MK RAJD PMBTD. Konsep latihan pada tahun ini telah diberi nafas baharu dengan dipelbagaikan melalui latihan teknikal kejuruteraan dan pengekalan latihan ketenteraan menerusi latihan menembak.
Bagi Zon Utara, latihan ini telah dilaksanakan secara gabungan melibatkan 23 Skn RAJD (AW) dan 24 Skn RAJD (AW) seramai 4 Peg Sukarela RAJD dan 56 Anggota Sukarela RAJD. Latihan dimulakan dengan latihan menembak dan latihan teknikal melalui kolaborasi bersama MK RAJD 2 Div. Penutup latihan telah disempurnakan oleh Ketua Jurutera, Brig Jen Ts. Sharuddin bin Mohd Noh di Padang Balaclava 1 Skn RAJD, Kem Sangro, Taiping menerusi perbarisan statik, penyampaian Sijil Kecemerlangan Ketua Jurutera Ke-17 dan Sijil Penyertaan Perbarisan Hari Ulang Tahun RAJD Ke-70.
Bagi Zon Selatan pula, latihan ini telah dilaksanakan secara gabungan melibatkan 21 Skn RAJD (AW) dan 22 Skn RAJD (AW) seramai 8 Peg Sukarela RAJD dan 41 Anggota Sukarela RAJD. Latihan dimulakan dengan latihan teknikal melalui kolaborasi bersama MK RAJD 3 Div dan latihan menembak. Penutup latihan telah disempurnakan oleh Ketua Staf MK RAJD PMBTD, Lt Kol Annuar bin Hj Kaliman menerusi perbarisan statik, penyampaian Sijil Kecemerlangan Ketua Jurutera Ke-17 dan Sijil Penyertaan Perbarisan Hari Ulang Tahun RAJD Ke-70.
Pelaksanaan latihan ini seiring dengan Objektif Ketiga Direktif Latihan Panglima Tentera Darat Tahun 2023-2026 iaitu Mengintegrasikan Pasukan Simpanan Dalam Latihan Bersama Anggota Tetap Tentera Darat, Objektif Ketujuh Direktif Latihan Panglima Medan Barat Tentera Darat Tahun 2023-2024 iaitu Penglibatan Askar Wataniah Dalam Eksesais/Latihan Ke Arah Kemampuan Membantu Ganti (Augmentation) Angkatan Tetap dan terakhir sekali Direktif Kelima Ketua Jurutera Ke-17 iaitu Pemerkasaan Askar Wataniah Melalui Latihan Teknikal dan Latihan Ketenteraan.