Sabah: Lembaga Pemilihan dan Penempatan Jurulatih Lain-Lain Pangkat Tentera Darat Bagi Rejimen Siri 500 Askar Wataniah Tahun 2023 (Zon Sabah) telah dilaksanakan pada 25 hingga 30 Sep 23 bertempat di Rejimen 507 Askar Wataniah. Seramai 46 orang calon daripada Kor-kor Tentera Darat telah hadir pemilihan tersebut yang telah dipengerusikan oleh Brig Jen Shamshor bin Hj Jaafar, Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan serta ahli-ahli panel terdiri daripada Pegawai Staf 1 Latih, Timbalan Komander Rej 507 AW, wakil dari Cawangan Sumber Manusia serta wakil Jabatan Arah yang terlibat. Lembaga pemilihan ini diadakan bertujuan untuk memilih anggota LLP TD yang layak dan kompeten untuk bertugas sebagai jurulatih bagi mengisi kekosongan perjawatan di Rejimen Siri 500 Askar Wataniah.

 

WhatsApp Image 2023 09 29 at 4.07.42 PMWhatsApp Image 2023 09 29 at 4.07.42 PM 1WhatsApp Image 2023 09 29 at 4.07.43 PM 1WhatsApp Image 2023 09 29 at 4.07.43 PMWhatsApp Image 2023 09 29 at 4.07.44 PMWhatsApp Image 2023 09 29 at 4.07.45 PM 1WhatsApp Image 2023 09 29 at 4.07.45 PM 2WhatsApp Image 2023 09 29 at 4.07.46 PMWhatsApp Image 2023 09 29 at 4.07.47 PM 1WhatsApp Image 2023 09 29 at 4.07.47 PM