Kuala Terengganu: Promosi Askar Wataniah Anjuran Batalion Pertama Rej 512 AW, Kem Padang Midin melibatkan seramai 1 Peg dan 8 anggota Lain-lain Pangkat telah dilaksanakan pada 27 Sep 23 bertempat di Padang Bola SMK Padang Midin. Promosi ini dilaksanakan bersempena Program Hari Koperasi dan Keusahawanan SMK Padang Midin Tahun 2023. Selain itu, tujuan promosi ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan berkenaan kerjaya di dalam bidang ketenteraan disamping menarik minat belia khususnya pelajar di SMK Padang Midin untuk menyertai Askar Wataniah. Pelbagai pameran menarik telah diadakan seperti pameran jenis-jenis pakaian tentera, gambar aktiviti pasukan serta peralatan ketenteraan.

6b8cffa6 c0c1 47f9 b811 6f4ac9bd024c507c3717 5426 4a5a 9518 5b2adeb50a80c299f828 6418 4c3b 8031 636963d3eb7d45316dae 2db7 4e6d bdc9 b88f9d860b77