Kuala Terengganu: Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Terengganu telah menganjurkan Program Jasa Patriot hasil kerjasama dengan pihak Rejimen 512 Askar Wataniah (Rej 512 AW) telah dirasmikan oleh YBrs Pn Wan Suhaini binti Wan Mohamad, Pengarah MKN Negeri Terengganu pada 26 Sep 23 bertempat di Dewan Makan Rej 512 AW, Kem Padang Midin melibatkan seramai 100 orang ahli veteran yang terdiri daripada bekas Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Program ini bermula dengan ceramah β€œJenayah Scammer” oleh pihak PDRM Terengganu diikuti dengan ceramah β€œPengurusan Perakaunan” oleh pihak bank. Program ini diteruskan lagi dengan upacara Penyampaian Sumbangan oleh pihak MKN Negeri Terengganu kepada veteran-veteran ATM dan PDRM yang memerlukan dan turut dirasmikan oleh Pengarah MKN Negeri Terengganu diiringi oleh Ketua Polis Negeri Terengganu, DCP Datuk Mazli bin Mazlan dan Timbalan Komander Rej 512 AW, Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin.

 DSC9272 1 DSC9274 DSC9305