Kuala Terengganu: Mesyuarat JAKPAW Negeri Terengganu Siri 1/2023 telah dilaksanakan pada 25 Sep 23 bertempat di Darul Al-Syakirin Rumah Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu yang telah dipengerusikan oleh YBM Tengku Sri Bijaya Raja, Kol (K) Datuk Tengku Farok Hussin bin Tengku Abd Jalil, Pengerusi JAKPAW Negeri Terengganu. Mesyuarat ini telah melibatkan seramai 6 orang ahli JAKPAW Negeri Terengganu terdiri daripada Ahli JAKPAW, Ahli Turut Hadir serta Ahli Bersekutu iaitu YAM Tengku Sri Temenggong Raja, Brig Jen Dato' Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Komander Rejimen 512 AW dan Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin, Timbalan Komander Rejimen 512 Askar Wataniah.

Mesyuarat dilaksanakan bertujuan membincangkan serta perkongsian buah fikiran bagi meningkatkan pembangunan dan latihan Askar Wataniah. Mesyuarat diakhiri dengan penyampaian sumbangan komputer meja oleh Mej (K) Dato' Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, ahli JAKPAW Negeri Terengganu merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) kepada Rejimen 512 Askar Wataniah.

8c5263dd 2421 4fbb 8886 4f9907a28afc18fb3164 1ab1 4223 8f85 ff4a839dc32854f0aa5b c4f0 428b b72d 13d2c8b417fc756bb50a b9b7 4154 85f7 dc3cda092de0d8583750 7198 435c a4ee 617f4a5f9827