Putrajaya: YBhg. Kolonel (K) Dato’ Indera Ir. Baharin Din dijemput buat kali kedua bagi sesi β€œEXECUTIVE TALK” di National Resilience College (NRC), Putrajaya. Dengan topik β€˜π‘‡β„Žπ‘’ π‘€π‘Žπ‘™π‘Žπ‘¦π‘ π‘–π‘Žπ‘› πΈπ‘™π‘’π‘π‘‘π‘Ÿπ‘–π‘π‘–π‘‘π‘¦ π‘†π‘’π‘π‘‘π‘œπ‘Ÿ. π‘†π‘’π‘π‘’π‘Ÿπ‘–π‘‘π‘¦ π‘œπ‘“ π‘‘β„Žπ‘’ 𝑛𝑒π‘₯𝑑 πΊπ‘’π‘›π‘’π‘Ÿπ‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘›.' YBhg Dato’ Indera dilihat sebagai figura yang tepat untuk berkongsi perkembangan sektor elektrik di negara kita serta cabaran-cabaran yang dihadapi dalam mematuhi piawaian yang telah ditetapkan sama ada diperingkat nasional mahupun global.

Perkongsian ini melibatkan Pegawai Kanan tentera terdiri peserta dalam dan luar negara yang merupakan β€˜π‘†π‘‘π‘Ÿπ‘Žπ‘‘π‘’π‘”π‘–π‘ π‘‡β„Žπ‘–π‘›π‘˜π‘’π‘Ÿ' yang bakal menjadi pemimpin tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

Perkongsian yang berlangsung hampir dua jam penuh sinergi dan interaktif yang positif di mana para β€˜π‘†π‘‘π‘Ÿπ‘Žπ‘‘π‘’π‘”π‘–π‘ π‘‡β„Žπ‘–π‘›π‘˜π‘’π‘Ÿ' berpeluang mengajukan beberapa soalan melalui sesi Q&A. Peralihan Tenaga terus menjadi topik pilihan utama dengan perkongsian daripada YBhg Dato' Indera tentang inisiatif-inisiatif terkini oleh TNB, pembuat dasar dan kerajaan dalam memacu Kelestarian dan Peralihan Tenaga.

TNB sangat signifikan dan memainkan peranan penting dalam menggerak kemajuan negara sehingga TNB dilihat sebagai sebuah entiti penting untuk memastikan kestabilan negara termasuk kepentingan sokongan daripada Kementerian Pertahanan terhadap keselamatan dalam industri penjanaan elektrik rentas sempadan.

Mejar Jenaral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar selaku Komandan NRC menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga atas kesudian TNB berkongsi pengetahuan, pengalaman serta perjuangan TNB dalam memastikan bekalan elektrik terus berdaya harap seterusnya memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

WhatsApp Image 2023 09 24 at 1.01.46 PMWhatsApp Image 2023 09 24 at 1.01.47 PMWhatsApp Image 2023 09 24 at 1.01.47 PM 1