Melaka: Komander Jurutera Medan Barat (KJMB), Brig Jen Fazillah bin Ibrahim telah merasmikan Pembukaan Latihan Kem Tahunan (LKT) Gabungan Skn RAJD AW Tahun 2023 di 9 Skn RAJD, Kem Terendak, Melaka pada 20 Sep 23.

Latihan berkonsepkan gabungan melibatkan 21 Skn RAJD AW dan 22 Skn RAJD AW ini meliputi bantuan kemahiran melalui latihan teknikal kejuruteraan dan pengekalan latihan asas ketenteraan melalui latihan menembak. Usaha sama ini telah direncanakan dengan bantuan dan usaha sama daripada MK RAJD 3 Div di sekitar kawasan Kem Terendak, Melaka bermula 18 Sep hingga 2 Okt 23.

12456