Kuala Terengganu: Seramai 26 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) Brassband Rejimen 512 Askar Wataniah telah terlibat dengan persembahan di Majlis Bandaraya Kuala Terenggganu (MBKT) Sempena Majlis Perasmian Bangunan Baru, Menara MBKT Kuala Terengganu yang dirasmikan oleh KDYMM Sultan Terengganu pada 20 Sep 23. Brassband Rej 512 AW telah mempersembahkan lagu "Selamatkan Sultan" semasa keberangkatan tiba dan keberangkatan pulang KDYMM Sultan Terengganu di dalam majlis perasmian ini. Turut hadir majlis perasmian ini adalah YAM Tengku Sri Temenggong Raja, Brig Jen Dato' Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Komander Rej 512 AW, YBM Tengku Sri Bijaya Raja, Tengku Farok Hussin bin Tengku Abd Jalil, Pengerusi JAKPAW Negeri Terengganu dan Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin, Timbalan Komander Rej 512 AW.

0f3a0c82 113b 4ade bb16 25a4bfc58b2e3d9f29f7 dffa 49ce baf7 2ac0b01b5b9f39ea0fcd e97b 406c a0ac 7751196a78d2383f62d9 0821 4d3e 991c 9d5a4517cdc0962bebcd 7f4a 4eb1 a8f5 82dfbeb289aa