Kuala Lumpur: Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Rancang dan Pembangunan Bahagian Pasukan Simpanan telah dilaksanakan pada 18 Sep 23 bertempat di Sri Watan Lounge. Serah Terima Tugas Pengarah Rancang dan Pembangunan telah dilaksanakan di antara Lt Kol Shaharul bin Othman dan Kol Samad bin Igom yang telah disempurnakan oleh Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Abdul Rahman bin A Wahab. Seterusnya majlis diakhiri dengan acara pemakaian pangkat anggota Lain-lain Pangkat (LLP) Bahagian Pasukan Simpanan. Seramai 2 x anggota LLP telah dipakaikan pangkat daripada Sarjan ke pemangku Staf Sarjan, 1 x anggota daripada pangkat Lans Koperal ke pemangku Koperal dan 1 x anggota daripada pangkat Prebet ke lantikan Lans Koperal yang telah disempurnakan oleh Asisten Panglima Pasukan Simpanan. Selamat datang diucapkan kepada YBhg Kol Samad bin Igom, Pengarah Rancang dan Pembangunan yang baharu serta tahniah diucapkan kepada anggota LLP yang telah dinaikkan pangkat.

WhatsApp Image 2023 09 18 at 11.41.56 AM 1WhatsApp Image 2023 09 18 at 11.41.57 AMWhatsApp Image 2023 09 18 at 11.41.57 AM 1WhatsApp Image 2023 09 18 at 11.41.56 AMWhatsApp Image 2023 09 18 at 11.41.58 AMWhatsApp Image 2023 09 18 at 11.41.58 AM 1WhatsApp Image 2023 09 18 at 11.41.58 AM 2WhatsApp Image 2023 09 18 at 11.41.58 AM 3