Kuala Terengganu: Seramai 67 penuntut kursus yang terdiri daripada Kursus Lanjutan Brassband Tahap 2/2023, Kursus APMS Siri 2 dan 3/2023 telahpun terlibat dengan upacara penutup kursus pada 8 Sep 23 bertempat di Padang Kawad Kem Padang Midin dan telah dirasmikan oleh YAM Tengku Sri Temenggong Raja, Brig Jen Dato Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Komander Rejimen 512 AW diiringi oleh YBhg Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin, Timbalan Komander Rejimen 512 AW. Turut hadir memeriahkan majlis adalah ibubapa para penuntut.

Majlis dimulakan dengan persembahan oleh penuntut Kursus Lanjutan Brassband Tahap 2/2023 diikuti dengan persembahan "War Dance" oleh penuntut Kursus APMS Siri 2 dan 3/2023. Majlis diteruskan lagi dengan pengurniaan anugerah kepada para penuntut yang juga turut disempurnakan oleh YAM Komander Rejimen 512 AW diiringi oleh YBhg Timbalan Komander Rejimen 512 AW. Anugerah Penuntut Keseluruhan Terbaik bagi Kursus Lanjutan Brassband Tahap 2/2023 disandang oleh 6283415 LKpl Mohamad Hadzril bin Mohamed Rejab manakala Anugerah Penuntut Keseluruhan Terbaik bagi Kursus APMS Siri 2 dan 3/2023 telah disandang oleh 6298287 Pjm Mohamad Haikal bin Mohamad Fahmi dan 6298315 Pjm Nurul Asyiqin binti Saliman.

DSC 0025DSC 0058DSC 0084DSC 0155DSC 0159DSC 0186DSC 0224DSC 0273DSC 0312DSC 0342DSC 0366DSC 0442DSC 0451