Kuala Lumpur: Majlis Makan Malam Apresiasi Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj Ismail telah diadakan pada 6 Sep 23 bertempat di Dewan Dato’ Othman Harun, Kem Wardieburn, Kuala Lumpur. Majlis ini telah dihadiri oleh semua pegawai, anggota, staf awam dan ahli-ahli Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT).

Majlis Budimu Dikenang, Baktimu Dijulang diadakan sebagai tanda penghargaan oleh seluruh warga Bahagian Pasukan Simpanan kepada Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj Ismail bagi menghargai jasa bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan selaku Asisten Panglima Pasukan Simpanan yang komited dalam menjayakan misi dan visi Askar Wataniah.

DSC 3178DSC 3190DSC 3193DSC 3414DSC 3509DSC 3539DSC 3564DSC 3578DSC 3595DSC 3604DSC 3620DSC 3623DSC 3640DSC 3642DSC 3673