Johor Baharu: Mej Norizam bin Sekak, Ketua Kompeni Echo, Batalion Pertama Rej 501 AW telah melakukan Lawatan Kerja ke Institut Kemahiran Mara (IKM), JB. Objektif utama lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara masyarakat IKM dan Askar Wataniah.

Acara kemudian diteruskan dengan Ceramah Kemerdekaan yang disampaikan dengan penuh semangat oleh Mej Norizam bin Sekak di Dewan Takzim IKM, Johor. Ceramah ini bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme di kalangan pelajar IKM. Acara diteruskan dengan Promosi Pengambilan Askar Wataniah di kalangan pelajar IKM, JB. Seramai 25 pelajar IKM menunjukkan minat yang baik untuk menyertai Rej 501 AW.

WhatsApp Image 2023 09 06 at 11.37.06 PMWhatsApp Image 2023 09 06 at 11.37.06 PM 1WhatsApp Image 2023 09 06 at 11.37.07 PM 1WhatsApp Image 2023 09 06 at 11.37.06 PM 2WhatsApp Image 2023 09 06 at 11.37.07 PM