Bentong: Timb Komd Rej 515 AW, Lt Kol Marzuki bin Md Yusof hadir menyaksikan pertunjukan serangan akhir khemah musuh daripada Penuntut Kursus KADAR (S) Siri 1/23 bertempat di Felda Krau 2, Mempaga, Bentong pada 31 Ogos 23.
 
Timb Komd hadir untuk melihat dengan lebih dekat aspek pelaksanaan latihan Conventional Warfare (CW) selain melihat sendiri pelaksanaan aktiviti fasa medan yang dilaksanakan oleh Penuntut Kursus KADAR.
Selesai serangan, Timb Komd mengambil peluang untuk berjumpa dan berbual bersama Penuntut KADAR di lokasi serangan.
 
Turut mengiringi beliau dalam menyaksikan pertunjukan serangan akhir tersebut adalah Pen Peg Mem Bn 2, Lt Kol Mohd Iskandar David bin Abdullah selaku ketua pengelola Kursus KADAR Siri 1/23, Ket Cwg Latih, Mej Ruhaizi bin Othman, Pen Peg Mem Bn 1, Mej Eswandi bin Masuri, Ajt Bn 1, Lt Abdul Rahim bin Mohamad dan SMR, PW I Mohd Khairi Fitri bin Man.
 
Pelaksanaan latihan ini sejajar dengan Teras Pertama dan Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat ke-29 iaitu Kelangsungan Misi serta Kesiagaan dan Keutuhan Organisasi.
375048571 686080333569017 8694962576268360666 n375051668 686080563568994 2428426581625365504 n375063178 686080616902322 7204450149064328996 n375057414 686080673568983 2350033262056083728 n373743884 686080650235652 5904853553248790852 n375056979 686080303569020 3930842074723269318 n375058936 686080700235647 2208096230684589311 n375042779 686080716902312 4395876023632676765 n