Kuala Lumpur: Seramai 103 penuntut telah terlibat dalam perbarisan penutup setelah berjaya menamatkan Kursus Asas Disiplin Anggota Rendah (Sukarela) Siri 1/2023 dan Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela) Siri 4/2022 bertempat di Padang Kawad Rej pada 1 Sep 23.
 
Majlis Penutup Kursus telah disempurnakan oleh Timb Komd Rej 515 AW, Lt Kol Marzuki bin Md Yusof. Hadir bersama adalah Peg Mem Bn 2, Lt Kol Ts. Jamalrudin bin Zamanhuri, Pegawai Memerintah Bn 2 dan 3 selaku pengelola kursus serta para pegawai dan Sarjan Mejar Rejimen, Rej 515 AW.
 
Turut hadir adalah Presiden dan CEO Mont Royale, Mr Sugumaran Chellaya, Puan Shamini Velayalhan dan para ibu bapa penuntut kursus.
 
Terdahulu ketibaan Timb Komd disambut dengan Hormat Senjata dan Nyanyian Lagu Tentera Darat oleh para penuntut kursus. Majlis seterusnya diteruskan dengan upacara Pemeriksaan Perbarisan oleh Timb Komd.
 
Acara seterusnya ialah pemakaian beret, patch formasi serta penyampaian anugerah kepada penuntut kursus yang cemerlang. Turut diadakan juga majlis pemakaian pangkat kepada pegawai sukarela dan anggota tetap Rej 515 AW.Kursus ini telah berlangsung selama sebulan bermula 5 Ogos hingga 3 Sep 22.
 
Dalam ucapannya Timb Komd mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penuntut kursus kerana telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya dan seterusnya merasmikan penutup Kursus KADAR Siri 1 dan Kursus APMS Siri 4 tahun 2023. Seterusnya Teriakan Gempur Wira, Bacaan Doa dan Acara Bergambar.
 
Aktiviti ini selaras dengan Teras Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-29 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi dengan tumpuan yang merangkumi Pengukuhan Profesionalisme anggota berfokuskan pencapaian keberhasilan kerja dan impak yang dikehendaki.
 
373357570 686401280203589 7530525163343073901 n375261982 686401426870241 4552867097485287760 n375055756 686400740203643 3031813975728289685 n375055343 686401353536915 2548363238123736896 n373484661 686400906870293 243244868491885120 n375268510 686400816870302 7330553921822955296 n370273241 686401130203604 1696585347894532671 n373369053 686401020203615 6810461532319446878 n375025485 686401170203600 4407639338482261261 n375288132 686401236870260 8811850429073072981 n375263146 686401860203531 7543966954326711405 n373484853 686401503536900 831890202311415061 n373469337 686401690203548 4493506366140660935 n372985084 684908737019510 4222692875526050066 n