Kuala Lumpur: Majlis Ramah Mesra bersama keluarga penuntut KADAR Siri 1/23 dan APMS Siri 4/23 telah diadakan di Dewan Makan Rej 515 (AW) pada 3 Sep 23.
 
Acara dimulakan sejurus ketibaan Timb Komd Rej 515 AW, Lt Kol Marzuki bin Md Yusof dan diiringi Pen Peg Mem Bn 2 dan 3 serta SMR Rej.
 
Majlis berkonsepkan santai diteruskan dengan kata alu-aluan oleh pengacara majlis, bacaan doa dan seterusnya jamuan ringan bersama semua penuntut dan keluarga yang hadir.
 
Seterusnya penyampaian sijil kursus kepada para penuntut dan diikuti dengan ucapan daripada Timb Komd.
Acara diakhiri dengan sesi bergambar penuntut kursus dan ahli keluarga bersama Timb Komd Rej 515 AW serta barisan jurulatih yang terlibat.
 
Objektif program ini adalah untuk beramah mesra serta bersuai kenal dengan lebih erat disamping berpeluang membentuk hubungan baru bersama keluarga penuntut yang hadir.
 
Pelaksanaan majlis ini sejajar dengan Teras Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-29 iaitu "Keutuhan Hubungan Tentera dan Awam.
373517089 686526926857691 5369126046549656756 n373560829 686527060191011 754491667560610916 n374775100 686527110191006 8182640319739042617 n375312346 686527293524321 3250677590635529474 n375296520 686527226857661 2438061624769685303 n374766206 686527163524334 3415110163208724424 n375180575 686527036857680 7824854823635078925 n375059291 686527383524312 3321168529635723898 n374823600 686527443524306 6801973185120346789 n