Kuala Lumpur: Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Askar Wataniah Tentera Darat (JKPAWTD) Ke - 31  Tahun 2023 telah dilaksanakan pada 28 Ogos 23 bertempat di Wisma Perwira  Angkatan Tentera Malaysia. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua pengarah-pengarah Jabatan Arah dan telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat,  Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan.

Mesyuarat JKPAWTD merupakan mesyuarat tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian Pasukan Simpanan (BPS). Bidang kuasa Mesyuarat JKPAWTD ini adalah untuk menetapkan hala tuju, merancang dan memantau pembangunan sumber manusia, logistik, infrastruktur serta menapis usul-usul berkaitan pembangunan Askar Wataniah (AW) yang ingin dikemukakan ke mesyuarat jawatankuasa tertinggi Tentera Darat.

WhatsApp Image 2023 08 28 at 15.25.29 2WhatsApp Image 2023 08 28 at 15.25.30WhatsApp Image 2023 08 28 at 15.25.31WhatsApp Image 2023 08 28 at 15.25.31 1WhatsApp Image 2023 08 28 at 15.25.31 2