Kuala Lumpur: Asisten Panglima Pasukan Simpanan (AP PS), Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj Ismail bersama Timb Komd Rej 515 AW, Lt Kol Marzuki bin Md Yusof dan Ket Cwg Latih serta Pen Peg Mem Bn 3 telah hadir ke SMART College untuk acara menandatangani Memorandum Of Understanding (MOU) antara Rej 515 AW bersama SMART College dan Security Plus Academy. Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh barisan staf yang diketuai oleh Pengerusi SMART College dan Security Plus Academy, Mej Jen Dato' Mohd Yunus Long.

Acara dimulakan dengan sesi dialog diantara AP PS dan tetamu yang hadir bersama Pengerusi dan CEO SMART College dan Security Plus Academy. Seterusnya, acara menandatangani MOU antara Rej 515 AW dengan SMART College dan Security Plus Academy yang disaksikan oleh AP PS. Turut hadir dalam acara adalah Dato' Muhammad Hatta Abd Aziz selaku Lembaga Pengarah SMART College, Mr Anand Pon, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Mr Alexander David Pon, Pengarah Bukan Akademik SMART College. Pelaksanaan aktiviti ini selaras dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu β€˜Peningkatan Hubungan Tentera Darat dengan Awam.

WhatsApp Image 2023 08 27 at 4.52.20 PMWhatsApp Image 2023 08 27 at 4.52.34 PM

WhatsApp Image 2023 08 27 at 4.54.41 PMWhatsApp Image 2023 08 27 at 4.54.41 PMWhatsApp Image 2023 08 27 at 4.53.10 PMWhatsApp Image 2023 08 27 at 4.53.20 PM WhatsApp Image 2023 08 27 at 4.52.59 PM