Kuala Lumpur: Timb Komd Rej 515 (AW), Lt Kol Marzuki bin Md Yusof bersama Ket Cwg Latih dan Pen Peg Mem Bn 3 telah hadir ke Mont Royale Collage untuk menandatangani Memorandum Of Undestanding (MOU).

Ketibaan delegasi Rej 515 (AW) telah disambut mesra oleh Presiden dan CEO Mont Royale, Mr Sugumaran Chellaya dan Puan Shamini Velayalhan.

Acara dimulakan dengan pihak MRC menemuduga tiga calon anggota sukarela daripada daripada Rej 515 (AW). Sejurus ketibaan Asisten Panglima Pasukan Simpanan (APPS), Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj Ismail, acara diteruskan dengan sesi dialog bersama Presiden dan CEO Mont Royale College.

Seterusnya, acara menandatangani MOU antara Rej 515 (AW) dengan MRC yang disaksikan oleh APPS dan calon penerima biasiswa diperkenalkan kepada APPS.

Antara MOU yang dimeterai adalah:

1. MRC menawarkan 3 x biasiswa penuh kepada anggota sukarela untuk kursus diploma di MRC.

2. MRC menawarkan 50% rebate untuk kursus diploma di MRC kepada anggota sukarela dan ahli keluarga.

3. MRC akan meruangkan jadual pembelajaran agar pelajar sukarela dapat menghadiri latihan yang dianjurkan oleh Rej 515 (AW).

4. Rej 515 (AW) bersedia memberikan khidmat syarahan kepada pelajar MRC bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotik.

5. Rej 515 (AW) sentiasa memberi keutamaan kepada pelajar MRC untuk menyertai Wataniah.

Majlis diakhiri dengan acara bergambar dan jamuan makan.

Pelaksanaan aktiviti ini selaras dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat dengan Awam.

 

WhatsApp Image 2023 08 22 at 2.12.36 PM 1WhatsApp Image 2023 08 22 at 2.12.34 PMWhatsApp Image 2023 08 22 at 2.12.33 PMWhatsApp Image 2023 08 22 at 2.12.36 PMWhatsApp Image 2023 08 22 at 2.12.32 PM 2WhatsApp Image 2023 08 22 at 2.12.32 PM 1