Pagoh: Kompeni Charlie dari Batalion Kedua, Rejimen 501 Askar Wataniah telah diberi peluang untuk mempromosikan pengambilan anggota sukarela dalam kalangan siswa dan siswi di Auditorium 3 Hub Pendidikan Tinggi Pagoh, Pagoh, Johor pada 20 Ogos 2023. Sasaran utama promosi ini adalah untuk menarik minat pelajar menceburi bidang ketenteraan disamping menyumbang tenaga dalam membentuk pelajar yang berdisiplin. Program taklimat ini telah diketuai oleh Anggota Sukarela Kompeni Charlie PBT Ng Jie Lun selaku YDP Askar Wataniah PTSN dan yang turut serta meluangkan masa bagi menyumbangkan tenaga ialah Kapt Mohd Imran bin Kastaman selaku wakil pegawai dari kompeni Delta bagi memberi taklimat pencerahan mengenai Askar Wataniah. Pegawai Memerintah Batalion Kedua, Lt Kol Han Kwee Leng bersama barisan pegawai dan LLP dari kompeni Charlie turut bersama turun padang bagi menjayakan program tersebut. Program taklimat dan promosi kali ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kelebihan menyertai pasukan sukarela Askar Wataniah kepada lebih kurang 500 pelajar yang telah hadir semasa program dilaksanakan. Pasukan akan terus berganding bahu untuk menanam minat semangat cinta akan negara dalam jiwa kalangan pelajar-pelajar PTSN serta pada masa yang sama meningkatkan penyertaan warga setempat selaras dengan hasrat Kertas Putih Pertahanan (KPP).

WhatsApp Image 2023 08 21 at 5.09.13 PMWhatsApp Image 2023 08 21 at 5.09.14 PMWhatsApp Image 2023 08 21 at 5.09.15 PMWhatsApp Image 2023 08 21 at 5.09.15 PM 1WhatsApp Image 2023 08 21 at 5.09.16 PMWhatsApp Image 2023 08 21 at 5.09.16 PM 1WhatsApp Image 2023 08 21 at 5.09.17 PMWhatsApp Image 2023 08 21 at 5.09.18 PM 1