Kuala Lumpur: Bengkel Pengurusan Sistem Pengurusan Rekod Askar Wataniah (SPRAW) dan Sistem Pengambilan Askar Wataniah Secara Atas Talian (IMWATAN) telah dilaksanakan bermula 14 hingga 15 Ogos 23 bertempat di Dewan Watan, Bahagian Pasukan SImpanan. Bengkel ini dihadiri oleh semua kerani sistem/ kerani tadbir pasukan Askar Wataniah (AW) yang terdiri daripada Rejimen Siri 500 AW, Kor TD (AW), Rejimen Pakar (AW) dan PALAPES. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pemangku Pengarah Rancang dan Pembangunan BPS, Lt Kol Shaharul bin Othman dan acara penutup telah disempurnakan oleh YBhg Brig Jen Shamshor bin Hj Jaafar, Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan.

Pelaksanaan bengkel ini bertujuan memperkasakan penggunaan sistem SPRAW dan IMWATAN secara maksimum, merialisasikan objektif-objektif yang telah digariskan serta mendukung Pelan Strategik Hala Tuju Askar Wataniah iaitu Trasnformasi Pengurusan Sumber Manusia secara Manual kepada Online (SPRAW).

Turut hadir bengkel adalah Mej Mohd Faried bin Mohmin, pembangun Sistem SPRAW yang turut menyampaikan taklimat serta hands on penggunaan dan cara pengendalian sistem.

 

WhatsApp Image 2023 08 15 at 5.14.14 PM 1WhatsApp Image 2023 08 15 at 5.14.13 PM

WhatsApp Image 2023 08 15 at 5.14.12 PMWhatsApp Image 2023 08 15 at 5.14.12 PM 1

WhatsApp Image 2023 08 15 at 5.14.12 PM 3WhatsApp Image 2023 08 15 at 5.14.12 PM 2 WhatsApp Image 2023 08 15 at 5.14.13 PM 1       WhatsApp Image 2023 08 15 at 5.14.13 PM 2