Bukit Tinggi, Pahang: Mesyuarat Pengurusan Latihan Askar Wataniah Siri 1/2023 telah diadakan bermula 9 hingga 11 Ogos 23 bertempat di  Colmar Tropicale Berjaya Hills Resort. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Brig Jen Shamshor bin Hj Jaafar, Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan dan dihadiri oleh Pegawai Staf/ Pegawai Latih dari Jabatan Arah, Markas Formasi dan pasukan. 

Mesyuarat Pengurusan Latihan Askar Wataniah ini merupakan mesyuarat tahunan yang dianjurkan oleh Sel Latih Bahagian Pasukan Simpanan bagi membincangkan hal-hal berkaitan latihan dan kursus serta memaklumkan arahan/dasar semasa latihan yang terkini.

WhatsApp Image 2023 08 10 at 14.32.21WhatsApp Image 2023 08 10 at 14.32.21WhatsApp Image 2023 08 10 at 14.32.21 1