Kuala Lumpur: Bn 2 dan Bn 3, Rej 515 (AW) telah mengadakan Pembukaan Kursus Asas Disiplin Anggota Rendah (KADAR) Siri 1/23 dan Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) Siri 4/23 yang dirasmikan oleh Timb Komd Rej 515 (AW), Lt Kol Marzuki bin Md Yusof di Padang Kawad Rej pada 7 Ogos 23.
Kursus ini berlangsung selama 4 minggu iaitu bermula dari 5 Ogos 23 hingga 3 Sep 23 melibatkan seramai 115 anggota termasuk anggota APMS dan KADAR.
Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk menentukan Perajurit Sukarela dapat melaksanakan tugas-tugas sebagai seorang soldadu Tentera Darat dengan menerapkan nilai-nilai Sistem Pemerintahan Rejimental dan Peradaban sebagai seorang anggota tentera setelah menamatkan kursus nanti.
Pelaksanaan aktiviti ini secara tidak langsung akan Memperkasakan Keutuhan Organisasi dengan tumpuan yang merangkumi Pengukuhan Profesionalisme anggota berfokuskan pencapaian keberhasilan kerja dan impak yang dikehendaki.
Turut hadir dalam Majlis Pembukaan Kursus ini adalah Peg Mem Bn 2, Lt Kol Ts. Jamalruddin bin Hj Zamahuri, Peg Mem Bn 3, Lt Kol Muhammad Nasran bin Mohamad, Pen Peg Mem Bn 2 dan 3, pegawai tetap, SMR dan barisan jurulatih.