Kuala Lumpur: Rej 515 AW telah menerima Lawatan Ulung daripada Pengerusi JAKPAW WPKL & WPP, Kol (K) Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar pada 7 Ogos 23. Ketibaan Pengerusi JAKPAW WPKL & WPP disambut oleh Timb Komd Rej 515 AW, Lt Kol Marzuki bin Md Yusof bersama barisan pegawai tetap dan ahli JAKPAW.

Lawatan dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Ket Cwg Tadbir, Lt Kol Noorazam bin Baharom di lobi Pelindung Kota. Lawatan pada kali ini juga untuk melihat kemudahan dan keperluan tambah baik yang diperlukan oleh Rej untuk keselesaan kepada anggota sukarela khususnya untuk pelaksanaan kursus.

Selesai taklimat, pengerusi JAKPAW dibawa untuk melihat keadaan surau dan blok penginapan dan seterusnya jamuan makan bersama penuntut kursus KADAR Siri 1/23 dan APMS Siri 4/23 di Dewan Makan Rej.

Turut serta dalam Lawatan Ulung ialah, Pengarah Pembangunan, Datuk Nor Muhamad bin Che Dan@Che Din, Pengarah Komunikasi Korporat, Pn Mazurah bt Ismail, Mej (K) Hj Aminuddin bin Ab Rahman, Mej (K) Hj Muhamad Safwan bin Saidin dan Setiausaha Mej (K) Noriza bt Abd Rahim.

Lawatan ini sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu "Pelestarian Kesejahteraan Warga"

WhatsApp Image 2023 08 10 at 13.31.53WhatsApp Image 2023 08 10 at 13.31.53 1WhatsApp Image 2023 08 10 at 13.31.53 2WhatsApp Image 2023 08 10 at 13.31.54WhatsApp Image 2023 08 10 at 13.31.54 1WhatsApp Image 2023 08 10 at 13.31.54 2