Kuala Lumpur: Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti 4 Divisyen (PPDK 4 Div) telah menerima lawatan dari Pengerusi JAKPAW WPKL & WPP, Kol (K) Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar pada 7 Ogos 23.

Ketibaan Pengerusi JAKPAW WPKL & WPP disambut oleh Pengerusi PPDK 4 Div iaitu Lt Kol Marzuki bin Md Yusof, Timb Komd Rej 515 (AW).

Lawatan dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Pengerusi PPDK 4 Div seterusnya melihat cara pembelajaran anak-anak istimewa di bawah kendalian petugas PPDK 4 Div.
Seterusnya penyampaian sumbangan kepada petugas PPDK 4 Div, penyampaian cendera kenangan kepada Pengerusi JAKPAW, tandatangan buku lawatan dan diakhiri acara bergambar

Lawatan ini sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu "Pelestarian Kesejahteraan Warga"

WhatsApp Image 2023 08 10 at 13.33.01WhatsApp Image 2023 08 10 at 13.33.01 1WhatsApp Image 2023 08 10 at 13.33.02WhatsApp Image 2023 08 10 at 13.33.02 1WhatsApp Image 2023 08 10 at 13.33.02 2WhatsApp Image 2023 08 10 at 13.33.03 1WhatsApp Image 2023 08 10 at 13.33.03 2WhatsApp Image 2023 08 10 at 13.33.03 3