MJLIS PMAKAIA PANGKAT4

KUANTAN, PAHANG – Majlis Pemakaian Pangkat Tauliah Kehormat dalam Angkatan Sukarela Persekutuan (ASP) kepada Yang Amat Berhormat (YAB) Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail yang dianugerahkan pangkat Brigedier Jeneral (Kehormat) berkuatkuasa mulai 24 Nov 2020 dan dilantik sebagai Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Pahang manakala Yang Berhormat (YB) Dato’ Sri Dr Sallehuddin bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dianugerahkan pangkat Kolonel (Kehormat) berkuatkuasa mulai 24 Nov 2020 dan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Pahang. Majlis ini telah dilaksanakan pada 4 Mac 2021 di Istana Abdulaziz, Kuantan, Negeri Pahang Darul Makmur.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan untuk mencemar duli menyempurnakan Upacara Pemakaian Pangkat Pegawai Tauliah Kehormat Askar Wataniah.

MJLIS PMAKAIA PANGKAT 2

Penganugerahan Pangkat Tauliah Kehormat Askar Wataniah ini adalah sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke – 28, iaitu ‘’Peningkatan Hubungan Tentera Dengan Awam’’. Penganugerahan pangkat dan pelantikan jawatan pimpinan JAKPAW Negeri Pahang ini, akan meningkatkan lagi penglibatan anak watan Negeri Pahang bagi menyertai Askar Wataniah.

Seluruh warga Tentera Darat khususnya Askar Wataniah mengucapkan sekalung tahniah kepada YAB Brig Jen (Kehormat) Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Penaung JAKPAW Negeri Pahang dan YB Kol (Kehormat) Dato’ Sri Dr Sallehuddin bin Ishak, Pengerusi JAKPAW Negeri Pahang.

Majlis yang berlangsung di Istana Abdulaziz, Kuantan, Negeri Pahang Darul Makmur ini turut dihadiri oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri  bin Yaakob, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, Asisten Ketua Staf Cawangan Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi, Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Dato’ Haji Zawawi bin Haji Adam serta penglibatan minimum pegawai kanan TDM.