Kuala Terengganu: Lawatan Kebajikan Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Dato' Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim dan Naib Pengerusi Jemaah BAKAT Darat, Datin Haslinda bte Mohd Ali ke Rejimen 512 Askar Wataniah (Rej 512 AW) Kem Padang Midin telah dilaksanakan pada 22 Jul 23 diiringi oleh Panglima 2 Divisyen, Mej Jen Dato' Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi bin Sabri, dan telah disambut oleh Komander Rej 512 AW , YAM Tengku Sri Temenggong Raja, Brig Jen Dato' Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, diiringi oleh Timbalan Komander Rej 512 AW, Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin, Pengerusi BAKAT Rejimen 512 AW, Puan Norrazaini binti Jamaludin diikuti oleh barisan Pegawai Rej 512 AW.

Lawatan ini dimulakan dengan Kunjungan Hormat PMB TD kepada YAM Komander Rej 512 AW. PMB TD dan isteri kemudiannya meneruskan lawatan dengan menyantuni anggota dan ahli keluarga anggota Rej 512 AW yang menghidap penyakit kronik dan OKU yang dilaksanakan bertempat di Rumah BAKAT Rej 512 AW. Sumbangan berbentuk hamper dan barangan keperluan harian telah disampaikan oleh YBhg Dato PMB TD manakala bagi ahli keluarga anggota telah disempurnakan oleh Datin bagi membantu mengurangi beban keperluan harian.

Lawatan ini  diakhiri dengan acara bergambar sebagai kenang-kenangan YBhg PMB TD bersama seluruh warga Rej 512 AW. Lawatan ini dilihat bersesuaian dan seiring dengan Teras Ketiga Panglima Tentera Darat ke 29 iaitu "Kesejahteraan Warga".

5af3582d e2e0 4e0f 8e73 263bd2fe4711ebf60932 6dcd 4669 a721 083a69c30d8ec86db993 a468 40fc b168 04cabc5de15190102519 f679 410c a51a 7cdbd1d099bfc01defe5 6b64 49ba 8e1d c89cb915dd465baf213c 1dd5 4f60 84aa fa25fdb288fd36000f1f 6b4b 4af7 8e14 29b84554ef85e25660c4 fef5 4446 8d74 3a892a7d424ab93989a7 4325 46c5 a6e4 0cc95a2ae50df1243c2d 7e55 47bf 8dd7 97bf346ceac5